Lama dah tak post berita. Mesti ramai yang rindu kan. Maklumlah blog ribu riban orang baca. Perasaan. Pada hal blog sendu.Hari ini boleh pulak tergerak hati buka blog yang sekian lama menyepi. Perasaan untuk menulis tu memang membuak2...tapi kesibukkan kerja mengatasi segalanya. Chewah update setahun sekali banyak cakap pulak.
Hari ini entah macam mana opis mate aku tanya nama blog aku yg satu ketika dahulu menjadi rujukan utama dia...haha...dari situ depa dok buka blog aku sampai akhirnya terbuka blog abeshuk...petaimuda sites...blog yang mempunyak tajuk2 yang lucah sebelum di baca...bila dah baca....kecewa...ha2...
Banyak perubahan drastik dalam kehidupan aku sepanjang masa tak berblog ni...terutamanya dari segi kerjaya...stress makin bertambah...tanggungjawab makin bertambah...makin malas...makin penat...makin susah ambik cuti...dan yang paling ketara makin gemuk...haha...
Bila mula menulis terus berazam nak update hari2. Boleh percaya ke?. Sekadar update dalam phone macam ni rasanya tak ada masalah. Tapi lambat sikitlah menaip guna 2 jari je...tak le kita cuba...sebelum lelap...tulislah sikit kan...esok2 bila dah kerepot bolehngak baca balik..kan..kan..
Ini kerja senang update sekaligus beberapa agak penting dan ada stok gambar sekitar awal tahun 2015 dan 2014.
Lunch bersama pujaan hati den kat Kenny Roger PD sambil tengok permandangan laut...ko cuit aku...aku cuit ko ohh gumbira rasa hati...
Sambutan Birthday anakanda pada 6 Februari 2015 tapi tak buat hari tu buat pada hari ahad...
Majlis Perpisahan KJP. Makan steamboat kat Ilham PNB
Dah mula start rabun dekat...dah kena beli spek mata....hu hu hu
Jumpa artis ko kat Jom Heboh kat PD...tak sangka boleh singgah kebetulan beb....abeshuk mana suka gi tempat-tempat macam ni.
Majlis pertunangan adik ipar aku...
Majlis Perhimpuanan Bulan September anjuran JP...pakai baju sedondon...manisss
Aku dan adik ipar aku....di Majlis Perkahwinan adik ipar dan bersunat anak aku
Percutian keluarga mertua di Cameron Highlands...kira macam percutian sebagai hadiah terima kasih kerana bertungkus lumus untuk majlis perkahwinan dan majlis bersunat anakanda aku
Di majlis pernikahan anak buah aku...anak Klong...Farhan dan Amirah
Semasa melawat arwah Naufal di HUKM....semoga Naufal tenang di sana. Al Fatihah
Di majlis perkahwinan Farhan Jamal, di Dewan FRIM...di majlis ini abeshuk akan berucap...Steady YB
Majlis Penyampaian Hadiah untuk program pelajar...
Konvokesyen pada Mac 2015...JP memang suka pakai sedondon...
No comments:
Post a Comment