Showing posts with label Tolong Promote. Show all posts
Showing posts with label Tolong Promote. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

RM5...RM9...RM3...

Mari-mari....mari dekat.....ni den nak bagi tau ada satu tempat makan2 yang best dan murah. Hah kat mana....kat Kuala Sungai Baru....dari PD nak ke Melaka mesti jumpa Kuala Sungai Baru kalau lalu ikut jalan lama. Kat pekan Kuala Sungai Baru tu,......berhampiran dengan Shell Kuala Sungai Baru.....ko nampak signboard ke Restoren Ikan Bakar.....konar masuk ke dalam ye....

So apa yang ada kat sana....hah....dia ada sediakan breakfast, lunch dan minum petang. Harga dia memang berpatutan....breakfasr RM5....lunch RM9 dan minum petang RM3. Murah bangat....sebabnya makan adalah secara buffet. Den baru berkesempatan gi breakfast 2 kali. Kalau den citer pasal menu mesti uols terperanjat....banyak tu....Lunch pun banyak....den sempat tengok lauk lunch hari tu tapi tak sempat nak makan.....so bila den dah lunch kat situ baru den senaraikan makanan untuk lunch pulak ye.

Okey den senaraikan dulu menu breakfast dia:
1. Nasi Lemak.....sambal ada sambal ikan bilis, sambal kerang dan ada rendang ayam
2. Bihun Goreng
3. Mee goreng
4. Kuetiew Goreng
5. Ubi rebus cecah kelapa
6. Mee/Bihun Sup
7. Lontong
8. Ayam Goreng
9. Paru Goreng
10. Telur separuh masak
11. Nasi goreng.
12. Sosej goreng
13. Telur separuh masak
14. Roti Bakar...jem dan mentega
15. Lemping
16. Kuih kodok
17. Roti Jala
18. Jus Oren
19. Air Kopi O
20. Air Teh Tarik.

Itu yang setakat den ingat. Makan sebanyak mana yang terlarat. Bayaran untuk kanak2 RM3 yo. Amacam kalau nak ubah selera masa cuti2 bolehlah kesana. Kalau nak menginap pun boleh....ada chalet kat situ. Permandangan masa makan pun ok.....kek sebelah restoren tu ada sungai....ko rasa2 roti tak habis ke apa ke....ko campak kat sunggai tu bagi ikan makan....tapi jangan buat macam tu ye...pencemaran nanti.

Depan khemah biru tu aje.....lepas makan nak beli ikan pun boleh....
Ni den close up kan nama Restoren tu....Persatuan Nelayan punya ni.....tak ramai orang tau tempat ni lagi....

Hah...gega dia...dan nombor telefon pun ada.....

Presentation tempat makan pun ok dah...

Tuesday, November 1, 2011

Barangan Koperasi 1 Malaysia

Bulan lepas den berkesempatan mengikut abeshuk mendengar taklimat tentang Produk Coop 1 Malaysia. Satu peluang perniagaan baru yang baik. Produk ala2 Produk 1 Malaysia. Kalau Produk 1 Malaysia diuruskan oleh Mydin kan....tapi Produk Coop 1 Malaysia ni pulak....Felda Bhd yang dipertanggunjawabkan.

Dalam taklimat tersebut.....diterangkan tentang harga, komisyen dan cara pembelian yang boleh dilakukan. Pada peringkat permulaan semua koperasi diminta untuk memberi sokongan untuk menjual Produk Coop 1 Malaysia. Rangkaian produk masih tak berapa banyak lagi tetapi dari masa kesemasa bilangan item produk akan ditambah. Actually orang persendirian pun boleh nak buat pembelian.... penghantaran adalah percuma untuk order >RM300 kalau tak silap den.

So Koperasi PPD pun telah mengorak langkah menjual beberapa barangan Coop 1 Malaysia. Masa taklimat hari tu harga dikatakan hampr sama dan ada yang lebih rendah dari Produk 1 Malaysia. Yang pastinya packaging dia lebih cantik berseri dari Produk 1 Malaysia. Rasa aje tak tau.....masa gi taklimat tu pun tak diberi try. So kalau nak try kena beli lah sendiri, So sekarang kat Koperasi PPD dah ada jual beberapa item....so apa tunggu lagi kalau harga lebih rendah ....rasa lebih kurang......buat apa nak membazirkan....

                MINUMAN MALT COKLAT 400G=RM5.50

BISKUT KRIM KRAKER 430g = RM3.45

BIHUN 350G = RM1.60
JEM BUAH-BUAHAN 450G RASBERI/OREN/BUAHAN CAMPURAN/STRAWBERI = RM2.95 each

KORDIAL 2LITER SARSI/ROS/MANGGA/OREN = RM5.30 each


KICAP MANIS 345ML = RM2.80

KICAP MASIN 345ML = RM2.80

                          SOS TOMATO 330g =RM1.70
SOS CILI 340g=RM1.70

Saturday, October 1, 2011

U nak....

He...he....mula2 gelak jahat dulu....sekarang ni den dah pakai U mobile.....hmmm macam mana prestasi dia.....so far so good....masa mula2 beli dahulu den dah tengok coverage dia....dalam taman yang den tinggal coverage dia samar2 je tapi den beli juga....starter RM135 termasuk bayaran bulanan RM68. Tapi ni kira macam prepaidlah....kalau dah habis top-up lah....

Hasilnya di rumah adalah tak dapat....hu...hu....tetapi diopis lajuuuuu.....so sekarang tak mengelisah lagi kalau tak sempat tengok Soffiya ke....Tahajjud Cinta ke.....Cinta Elysa ke....apa ke.....semuanya boleh ditonton semula tanpa tersekat2.....Kalau penduduk2 disekitar Taman Poli....dan dikawasan yang tak ceruk macam taman den ni....memang berbaloilah pakai.....