Tuesday, June 16, 2015
Why me...
Wednesday, April 15, 2015
Lah Tahzan duhai hati
Assalamualaikum wbt.
Hari ini mudah sungguh air mata ini nak turun...terbeliak2 bjij mata menahan diri agar tak memeh depan orang. Sedih bila ada orang tua yang tak faham bahasa. Dia aja yang betul...orang lain lemah dan tak bagus.
Nasib baik ada orang muda yg support aku mungkin kesian tengok aku kena bambu. Aku pun satu boleh tahan kuat menjawap. Lepas baca wasap panjang support aku tu rasanya lagi nak memeh...tahan kuat2....dan harap suara tak berubah kerana banyak lagi benda yang aku nak maklumkan.
Balik dari office hati lagi sedih terkenang2 pula tambahan masa nak balik tadi boleh pulak terserempak dgn orang tua tu. Spoil betul. Lepas sembahyang asar terus capai al quran baca 2 muka surat. Sebelum baca niat supaya hilangkan rasa sedih dah berikan taufik dan hidayah pada orang tua tu supaya nanti tahu jaga hati dan perasaan orang lain. Sambil baca sedu sedan....hmm bagus ko selalu ngaji tak de nagis2..tengok tv cerita sedih boleh pulak tangkap leleh.....ada hikmah sebenarnya tambah bila dengar terjemahannya macam terkena2 pada diri sendiri lagi lah tangkap leleh....
Alhamdullilah sekarang dah ok kalau ingat pun buat bodoh je....semua tu duniakan...anggaplah sebagai cabaran...aku tahu ramai lagi yg support aku.....bukan lama lagi pun...lah tahzah duhai hati...doakan yang terbaik pada semua orang buang kata jahat dalam minda. Semua tu hasutan syaitonnn... semoga kita semua mendapat keberkatan hidup. Amin.
Thursday, April 9, 2015
Aku takut
Assalamualaikum wbt
Aku menulis dalam kenderaan jabatan. Menuju ke Banting bagi menghadiri pengkebumian arwah bonda kepada TPSA Tn Hj Ashri. Berturut2 kematian di tempat kerja aku ni. Aku sedar kematian boleh datang pada bila2 masa tak kira tua ke muda...tak kira sihat ke sakit. Setiap kali aku melihat orang tersayang menagis ketika mengucup mayat. Hiba perasaan aku terutama jika aku bayangkan mayat itu orang yang aku sayang. Mampu kah aku hadapinya.
Keadaan ini membuatkan aku semakin menghargai insan tersayang. Cuba berbuat baik sesama insan. Cuba berlaku adil. Yang paling penting amalan perlu di tingkatkan. Bacaan al quran perlu dibetulkan. Menghadiri majlis agama perlu diperbanyakkan. Paling cepat boleh diaplikasikan adalah kurangkan hiburan ye...nonton rancangan agama bukan dikalihkan tengok drama atau orang menyanyi. Bukan lah tak boleh tengok kurangkan aje.
Satu lagi yang paling penting kurang sifat Mak Jah tu...kurangkan kapochi tu ye.
Wednesday, April 8, 2015
Kalau dah tiba masanya
Assalamualaikum wbt
Semalam aku di kejut kan dengan berita kematian rakan kerja di Bahagian Sukan. Pitam dan terjatuh di parking lot, dijumpai terus di bawah ke hospital, sampai di hospital doktor kata dah tiada denyutan nadi tapi doktor tetap buat prosedur untuk menyelamat. Nak dijadikan cerita abeshuk dan 3 org lagi member dia antara orang yg rescue dan bawa ke hospital turut terbabit di balai polis bagi penyediaan laporan kematian.
Aku kurang mengenali dia dengan lebih dekat. Tapi dia bapa saudara kepada rakan sejawat aku. Nak katakan rapat tak juga tapi 2 kali anak dia kahwin aku hadir. Orang jemputkan I follow je.
Aku risau abeshuk ni...tak pernah hadapi situasi macam ni...tiba2 terlibat secara terus....takut dia terkenang2 dan tak boleh tidur malam. Aku pesan pada abeshuk balik dari hospital terus mandi jangan lengah2 lagi. Alhamdullilah nampaknya ok tiada masalah.
Abeshuk asyik cakap senangnya arwah pergi. Abeshuk cakap antara soalan pertama yang doktor tanya pada mereka adalah ada tak buat CPR. Masing2 golek kepalalah. Penting sebenarnya CPR ni tapi pakat tak belajar. Abeshuk yang belajar dulu pun bila tiba saat dan masa yang perlu di gunakan panik dan tak ingay cara. Ehmmm guano tu. Apa2 pun marilah kits sedekah kan al fatihah kepada arwah semoga jasadnya di tempatkan di kalangan orang2 mukmin. Amin.
Tuesday, November 8, 2011
Takutnyeeee
Sunday, October 16, 2011
Tak tau....sapa buat
2 3 hari lah juga cari part dia.....part dia pulak nak kena gi cat dulu dengan kereta....pokok ceritanya...banyak songgehlah jugak. Last2 den telefon adik ipar den....dia suruh bawa kereta kat tempat dia.....dia tengok...dia betulkan....letak gam cermin....settle.....tak yah nak ganti2 part ke apa.....ha..ha...iyelah benda tu pun bukannya ada fungsi apa2 pun kan....sekadar hiasan saja.


