Sabtu semalam ada kenduri kahwin anak Kak Yam anak arwah Pak Ngah kat Ampangan. Kira dekatlah kan dengan PD tapi jumpa tu beberapa tahun sekali. Iyelah nak jumpa pun masa kenduri2 macam ni lah kalau hari raya dah tak mungkinlah kan. Sejak emak dan abah meninggal memang dah tak raya kat Melaka dah. Beraya lama kat Perlis. Biasanya next weekend lps raya baru buat sambutan hari raya kat rumah mana2 adik beradik aku.
Kat majis tu.aku jumpa mak dan bapak saudara yg masih ada iaitu Mak cik Rubiah n suami, Pakcik.Mamat n isteri dan Pak busu n isteri. Daripada 7 adik.beradik emak aku sekarang hanya tinggal 3 org aje. Sepupu sepapat ramai juga yang terjumpa begitu juga dengan anak buah dan cucu saudara. Dah jadi nenek dah aku ni.
Kak Yam aku tengok agak uzur juga. Dia kena buat dialysis 3 kali seminggu. Dalam keluarga emak aku Pak Ngahlah yang paling ramai anak. Sampaikan asa yg bagi pada nenek aku dan saudaralah. Tapi mungkin atas sebab faktor.keturunan kombinasi Pak Ngah ngan Mak Ngah kebanyakkannya anak2 Pak Ngah dah kena penyakit 3 serangkai. Ramai gak yang dah meninggal, ada yang lebih muda dari aku pun ada. Ajal dah sampai nak kata apa kan.
Kat majlis tu aku bajet nak tangkap gambar dengan saudara mara, iyelah jarang jumpa nak buat kenangan konon...nak ambil handphone dalam handbeg tengok2 dah tak de dak aliff dah songlap. Geram aje nak cari dia payah pulak sebab dia duduk kat luar aku dok bersembang dengan kak bibah dan makcik2 aku.
Sejam lebih gak duduk situ...riang hati aku. Adik beradik aku x datang langsung. Klong boleh pulak lupa. Bila dah dimaklumkan tak boleh datang sebab sibuk nak uruskan ikan2 sebab baru balik pasar. Ha3. Aril nak datang dengan Klang tapi boleh pulak bgtau aku kalau ko datang aku tak datang. Ko ajalah wakil keluarga kita. Ada pulak macam tu datang aje le. Jadi awalnya aku cakap x datang lah supaya aril akan datang dan aku pun memang akan datang. Tapi jumaat Aril call kata dia tak boleh datang. Jadi bila aku datang, jadi aku lah jadi kaunter menjawap pertanyaan saudara kenapa klong., kngah dan klang x datang. Yang lain x ditanya sebab tak popular. Ha2. Wassalam
No comments:
Post a Comment