Hari pembentangan projek pemasaran macam biasa akan diadakan dihujung semester. Kali ni hanya ada 6 kumpulan aje...tak sebanyak semester lepas...berbelas2 group...semester depan pun banyak group....17 kumpulan tu.....sampai den pun kena jadi penyelia projek untuk semester depan. Ok lah tu.....semester ni tak kena....semester depan kena....
Semester ni walaupun den ada mendengar komen2 negetif pasal prestasi group2 ni tetapi pada hari pembentangan tu kira oklah tak de lah teruk sangat. Malah boleh dibanggakan juga lah. Berlangsung sepanjang hari dari pagi sampai petang dan den menjadi penilai pembentangan pada 2 kumpulan pertama disebelah pagi. Ada produk telekung, garam rumpai laut, pewangi, pencuci untuk barangan hanyir, perencah masakan dan sambal tumis ikan bilis instant.
Persiapan akhir di booth masing2
Bersungguh jugak lah kan....
Ramai jugak yang datang....
Pembentangan ke 2....sedondon u...Group Sambal Ikan Bilis Instants....kelainan pada produk yang tidak dihighlightkan.....kelainan sambal dia adalah ia menggunakan cili api.....
Sample sambal yang disediakan untuk penilai.....pedas gila sambal dia.....pada peminat2 pedas sesuailah....
Produk yang menyediakan perencah masakan berasingan.....sebenarnya ramuan2 tu hendak dimesin kering tetapi tak berjaya di hasilkan.....Compartment dia gedabak betul.....macam kurang sesuai je.....
Ini sambal tumis ikan bilis.....yang den cadangkan nama dia Hot & Spicy Bilis......kedebum pedas dia.....kalau ikan bilis dia ranggup.....barulah ok....
Pewangi ni den tak berapa pasti....rasanya untuk menghilangkan mengantuk kot.....
Mama Liquid ni adalah produk semasa Mini Projek Marketing Research yang diteruskan untuk projek ni......bagus2....so dah jimat masa tak yah buat kajian kebolehpasaran kan......Produk ni dapat no 2.
Kalau tak silap den ni produk kesihatan kot.....garam yang dibuat dari rumpai laut......den dah rasa.....sedappppp.....Produk ni dapat no 3....
Ni pulak....modification telekung......siap dengan beg dia sekali rap ngan kain terus......den tak sempat nak tengok dengan lebih detail sebab lapar tak breakfast lagi.....
Apa2 pun produk ni dapat tempat pertama....
9 November nanti Hari Produk Kreatif & Inovatif PPD pula akan berlangsung untuk semua jabatan. Jabatan den dan JKE akan jadi penganjur. Semua jabatan akan menghantar 2 projek pelajar. So kita tengoklah pulak kedudukan pemenang sama ke idak......
No comments:
Post a Comment