Wednesday, April 15, 2015

Lah Tahzan duhai hati

Assalamualaikum wbt.

Hari ini mudah sungguh air mata ini nak turun...terbeliak2 bjij mata menahan diri agar tak memeh depan orang. Sedih bila ada orang tua yang tak faham bahasa. Dia aja yang betul...orang lain lemah dan tak bagus.

Nasib baik ada orang muda yg support aku mungkin kesian tengok aku kena bambu. Aku pun satu  boleh tahan kuat menjawap. Lepas baca wasap panjang support aku tu rasanya lagi nak memeh...tahan kuat2....dan harap suara tak berubah kerana banyak lagi benda yang aku nak maklumkan. 

Balik dari office hati lagi sedih terkenang2  pula tambahan masa nak balik tadi boleh pulak terserempak dgn orang tua tu. Spoil betul. Lepas sembahyang asar terus capai al quran baca 2 muka surat. Sebelum baca niat supaya hilangkan rasa sedih dah berikan taufik dan hidayah pada orang tua tu supaya nanti tahu jaga hati dan perasaan orang lain. Sambil baca sedu sedan....hmm bagus ko selalu ngaji tak de nagis2..tengok tv cerita sedih boleh pulak tangkap leleh.....ada hikmah sebenarnya tambah bila dengar terjemahannya macam terkena2 pada diri sendiri lagi lah tangkap leleh....

Alhamdullilah sekarang dah ok kalau ingat pun buat bodoh je....semua tu duniakan...anggaplah sebagai cabaran...aku tahu ramai lagi yg support aku.....bukan lama lagi pun...lah tahzah duhai hati...doakan yang terbaik pada semua orang buang kata  jahat dalam minda. Semua tu hasutan syaitonnn... semoga kita semua mendapat keberkatan hidup.  Amin.

No comments:

Post a Comment