Tuesday, June 16, 2015
Why me...
Wednesday, April 22, 2015
Hilang segala penat bila
Saturday, April 18, 2015
Jumpa saudara mara
Sabtu semalam ada kenduri kahwin anak Kak Yam anak arwah Pak Ngah kat Ampangan. Kira dekatlah kan dengan PD tapi jumpa tu beberapa tahun sekali. Iyelah nak jumpa pun masa kenduri2 macam ni lah kalau hari raya dah tak mungkinlah kan. Sejak emak dan abah meninggal memang dah tak raya kat Melaka dah. Beraya lama kat Perlis. Biasanya next weekend lps raya baru buat sambutan hari raya kat rumah mana2 adik beradik aku.
Kat majis tu.aku jumpa mak dan bapak saudara yg masih ada iaitu Mak cik Rubiah n suami, Pakcik.Mamat n isteri dan Pak busu n isteri. Daripada 7 adik.beradik emak aku sekarang hanya tinggal 3 org aje. Sepupu sepapat ramai juga yang terjumpa begitu juga dengan anak buah dan cucu saudara. Dah jadi nenek dah aku ni.
Kak Yam aku tengok agak uzur juga. Dia kena buat dialysis 3 kali seminggu. Dalam keluarga emak aku Pak Ngahlah yang paling ramai anak. Sampaikan asa yg bagi pada nenek aku dan saudaralah. Tapi mungkin atas sebab faktor.keturunan kombinasi Pak Ngah ngan Mak Ngah kebanyakkannya anak2 Pak Ngah dah kena penyakit 3 serangkai. Ramai gak yang dah meninggal, ada yang lebih muda dari aku pun ada. Ajal dah sampai nak kata apa kan.
Kat majlis tu aku bajet nak tangkap gambar dengan saudara mara, iyelah jarang jumpa nak buat kenangan konon...nak ambil handphone dalam handbeg tengok2 dah tak de dak aliff dah songlap. Geram aje nak cari dia payah pulak sebab dia duduk kat luar aku dok bersembang dengan kak bibah dan makcik2 aku.
Sejam lebih gak duduk situ...riang hati aku. Adik beradik aku x datang langsung. Klong boleh pulak lupa. Bila dah dimaklumkan tak boleh datang sebab sibuk nak uruskan ikan2 sebab baru balik pasar. Ha3. Aril nak datang dengan Klang tapi boleh pulak bgtau aku kalau ko datang aku tak datang. Ko ajalah wakil keluarga kita. Ada pulak macam tu datang aje le. Jadi awalnya aku cakap x datang lah supaya aril akan datang dan aku pun memang akan datang. Tapi jumaat Aril call kata dia tak boleh datang. Jadi bila aku datang, jadi aku lah jadi kaunter menjawap pertanyaan saudara kenapa klong., kngah dan klang x datang. Yang lain x ditanya sebab tak popular. Ha2. Wassalam
Thursday, April 16, 2015
Cerita semalam dan minggu lepas
Assalamualaikum wbt
Akhirnya selesai juga part marking paper ni...usung ke hulu ke hilir.tapi tak siap2 juga berhari2. Ini bukan cara aku sebenarnya tapi entahlah nak kata x ada mood...ada aje...tapi mungkin tak fokus...marking 1 soalan main wasap...ambil satu lg lepas tu tengok video....ambil satu lagi teringat kerja lain yang urgent kena buat....ambil satu lagi ada pulak orang nak jumpa....haha banyaknya alasan.
Hari ini hari jumaat. ..hari yang best lepas ni ada 2 hari cuti yariba yariba. Minggu lepas sepatutnya cuti kat Gold Coast Sepang tapi bilik penuh...iyelah nak booking pada hari nak datang memang satu tindakan yang bijak. Aku sebenarnya suka datang hotel tu bukan sebab utama nak mandi manda ke sebab dinner dia ke sebab jakuzi dia ke...tu semua memang best tapi yang paling best pagi2 ahad tu boleh gi pasar kemboja. Kalau dok hotel tu dokek bebonarlah...10 ke 15 minit dah sampai..pasae kemboja tu tak boleh poie lewat2 kena pergi awal.pagi baru syok.
Jadi keputusannya minggu lepas.kita bertolak dari pd. Yang aku risaukan dak aliff lah takut tak nak bangun awal2 sebab abeshuk kata paling lewat pun keluar rumah sebelun pukul 7. Amazingly hari tu aliff bangun sebelum pukul 6 pg lepas azan aje terus angkat air sembahyang lepas tu kejut aku. Perg kalau selalu kan bagus. Ni semua gara2 lps pergi Pasar Kemboja dia nak gi GM Klang nak beli mainan lego dia lah tu.
Kat Pasar Kemboja aku rembat tudung shawl...ada dekat 20 helai aku beli. Yelah azam baru nak pakai tudung labuh sikit tu pun lepas kena sound dengan dak Aliff. Murah gila especially bila beli banyak...abeshuk beli kemeja kotak2. 4 helai. Aliff yang paling banyak aku beli baju polo 1 kodi terus ada 6 helai kaler lain2...aku cakap ngan dia ni baju raya...pakai sampai raya ke 6...haha beli seluar pelikat...susah sikit dia ni nak beli jaket kulit pun x nak. Cantik2 aku tengok.
Lepas tu aku ke GM Klang..bagi chance aliff beli mainan aku beli mask..beli hanger tudung. ..beli detox kaki...banyak juga beli . Pendek kata berbaloi baloi...
.
Wednesday, April 15, 2015
Lah Tahzan duhai hati
Assalamualaikum wbt.
Hari ini mudah sungguh air mata ini nak turun...terbeliak2 bjij mata menahan diri agar tak memeh depan orang. Sedih bila ada orang tua yang tak faham bahasa. Dia aja yang betul...orang lain lemah dan tak bagus.
Nasib baik ada orang muda yg support aku mungkin kesian tengok aku kena bambu. Aku pun satu boleh tahan kuat menjawap. Lepas baca wasap panjang support aku tu rasanya lagi nak memeh...tahan kuat2....dan harap suara tak berubah kerana banyak lagi benda yang aku nak maklumkan.
Balik dari office hati lagi sedih terkenang2 pula tambahan masa nak balik tadi boleh pulak terserempak dgn orang tua tu. Spoil betul. Lepas sembahyang asar terus capai al quran baca 2 muka surat. Sebelum baca niat supaya hilangkan rasa sedih dah berikan taufik dan hidayah pada orang tua tu supaya nanti tahu jaga hati dan perasaan orang lain. Sambil baca sedu sedan....hmm bagus ko selalu ngaji tak de nagis2..tengok tv cerita sedih boleh pulak tangkap leleh.....ada hikmah sebenarnya tambah bila dengar terjemahannya macam terkena2 pada diri sendiri lagi lah tangkap leleh....
Alhamdullilah sekarang dah ok kalau ingat pun buat bodoh je....semua tu duniakan...anggaplah sebagai cabaran...aku tahu ramai lagi yg support aku.....bukan lama lagi pun...lah tahzah duhai hati...doakan yang terbaik pada semua orang buang kata jahat dalam minda. Semua tu hasutan syaitonnn... semoga kita semua mendapat keberkatan hidup. Amin.
Thursday, April 9, 2015
Aku takut
Assalamualaikum wbt
Aku menulis dalam kenderaan jabatan. Menuju ke Banting bagi menghadiri pengkebumian arwah bonda kepada TPSA Tn Hj Ashri. Berturut2 kematian di tempat kerja aku ni. Aku sedar kematian boleh datang pada bila2 masa tak kira tua ke muda...tak kira sihat ke sakit. Setiap kali aku melihat orang tersayang menagis ketika mengucup mayat. Hiba perasaan aku terutama jika aku bayangkan mayat itu orang yang aku sayang. Mampu kah aku hadapinya.
Keadaan ini membuatkan aku semakin menghargai insan tersayang. Cuba berbuat baik sesama insan. Cuba berlaku adil. Yang paling penting amalan perlu di tingkatkan. Bacaan al quran perlu dibetulkan. Menghadiri majlis agama perlu diperbanyakkan. Paling cepat boleh diaplikasikan adalah kurangkan hiburan ye...nonton rancangan agama bukan dikalihkan tengok drama atau orang menyanyi. Bukan lah tak boleh tengok kurangkan aje.
Satu lagi yang paling penting kurang sifat Mak Jah tu...kurangkan kapochi tu ye.
Wednesday, April 8, 2015
Kalau dah tiba masanya
Assalamualaikum wbt
Semalam aku di kejut kan dengan berita kematian rakan kerja di Bahagian Sukan. Pitam dan terjatuh di parking lot, dijumpai terus di bawah ke hospital, sampai di hospital doktor kata dah tiada denyutan nadi tapi doktor tetap buat prosedur untuk menyelamat. Nak dijadikan cerita abeshuk dan 3 org lagi member dia antara orang yg rescue dan bawa ke hospital turut terbabit di balai polis bagi penyediaan laporan kematian.
Aku kurang mengenali dia dengan lebih dekat. Tapi dia bapa saudara kepada rakan sejawat aku. Nak katakan rapat tak juga tapi 2 kali anak dia kahwin aku hadir. Orang jemputkan I follow je.
Aku risau abeshuk ni...tak pernah hadapi situasi macam ni...tiba2 terlibat secara terus....takut dia terkenang2 dan tak boleh tidur malam. Aku pesan pada abeshuk balik dari hospital terus mandi jangan lengah2 lagi. Alhamdullilah nampaknya ok tiada masalah.
Abeshuk asyik cakap senangnya arwah pergi. Abeshuk cakap antara soalan pertama yang doktor tanya pada mereka adalah ada tak buat CPR. Masing2 golek kepalalah. Penting sebenarnya CPR ni tapi pakat tak belajar. Abeshuk yang belajar dulu pun bila tiba saat dan masa yang perlu di gunakan panik dan tak ingay cara. Ehmmm guano tu. Apa2 pun marilah kits sedekah kan al fatihah kepada arwah semoga jasadnya di tempatkan di kalangan orang2 mukmin. Amin.