Sunday, November 20, 2011

Konvokesyen...

Lama rasanya tak bersiaran tetapi semua berita diperam menunggu masa aje bila lah nak pulish ni...ikutkan hati macam malas aje....tapi sayang pulak kalau tak dinostagiakan. Lagi sejak 2 menjak ni den suka baca balik entry2 lama. Wlaupun dah lama tetapi bila baca balik entry tersebut.....rasa macam baru aje sesuatu perkara itu berlaku. Sayang kalau tak di teruskan blog ni. Bukan apa nak cari kelapangan sekarang ni agar sukar sikit dah.

Ni nak citer sikit pasal sekolah Lip Lap yang terakhir, iaitu Pasti Al-Iqra. Alhamdulliah terbuka juga pintu hati Lip Lap nak tukar sekolah hari tu. Sekurang2nya ilmu agama den tak payah nak susah ajar....doa, zikir, sembanhyang semua Lip Lap dah belajar tinggal nak praktik aje lah kan. Walaupun hanya sekolah selama 1 penggal tetapi alhamdulliah Lip Lap tidak ketinggalan. Prestasi dia kat sekolah pun ok lah. Dapat no 4. Walaupun tidak mencapai target untuk dapat no 1-3....tetapi dia boleh bagi alasan...masa periksa tu dia demam. Hmm betul lah tu. Tetapi apa yang den perhatikan Lip Lap ni...dia agak gopoh masa menjawap exam....nak cepat habis je....tu lah masalah dia.

Apa-apa pun sekolah dia dah pun berakhir. Kini tibalah masa untuk konvokesyen Pasti. Buat kat Spring Hill. Tarikhnya sama dengan tarikh anak saudara sepupu Abeshuk kahwin. Kahwin kat Perlis. So adalah alasan tak dapat balik kampung Perlis. Sorrylah Kak Ah tak dapat balik majlis kahwin Farah...sebab Lip Lap ada konvokesyen. Auww macamlah konvokesyen nak ambil Ijazah kan....kelas ko Lip Lap.

Banner tentang konvokesyen tu....
Lip Lap bersama-sama geng dia.....nape baju anak den lain dari member2 dia hah....member2 dia senior kot kat sekolah tu....

Lip Lap bersama-sama ibu dia yang tersayang...
Lip Lap bersama-sama apak dia bergambar mesra...

 

Sijil Pasti.....hah dah boleh minta kerja guna sijil ni ye....

No comments:

Post a Comment