Wednesday, November 16, 2011

RM5...RM9...RM3...

Mari-mari....mari dekat.....ni den nak bagi tau ada satu tempat makan2 yang best dan murah. Hah kat mana....kat Kuala Sungai Baru....dari PD nak ke Melaka mesti jumpa Kuala Sungai Baru kalau lalu ikut jalan lama. Kat pekan Kuala Sungai Baru tu,......berhampiran dengan Shell Kuala Sungai Baru.....ko nampak signboard ke Restoren Ikan Bakar.....konar masuk ke dalam ye....

So apa yang ada kat sana....hah....dia ada sediakan breakfast, lunch dan minum petang. Harga dia memang berpatutan....breakfasr RM5....lunch RM9 dan minum petang RM3. Murah bangat....sebabnya makan adalah secara buffet. Den baru berkesempatan gi breakfast 2 kali. Kalau den citer pasal menu mesti uols terperanjat....banyak tu....Lunch pun banyak....den sempat tengok lauk lunch hari tu tapi tak sempat nak makan.....so bila den dah lunch kat situ baru den senaraikan makanan untuk lunch pulak ye.

Okey den senaraikan dulu menu breakfast dia:
1. Nasi Lemak.....sambal ada sambal ikan bilis, sambal kerang dan ada rendang ayam
2. Bihun Goreng
3. Mee goreng
4. Kuetiew Goreng
5. Ubi rebus cecah kelapa
6. Mee/Bihun Sup
7. Lontong
8. Ayam Goreng
9. Paru Goreng
10. Telur separuh masak
11. Nasi goreng.
12. Sosej goreng
13. Telur separuh masak
14. Roti Bakar...jem dan mentega
15. Lemping
16. Kuih kodok
17. Roti Jala
18. Jus Oren
19. Air Kopi O
20. Air Teh Tarik.

Itu yang setakat den ingat. Makan sebanyak mana yang terlarat. Bayaran untuk kanak2 RM3 yo. Amacam kalau nak ubah selera masa cuti2 bolehlah kesana. Kalau nak menginap pun boleh....ada chalet kat situ. Permandangan masa makan pun ok.....kek sebelah restoren tu ada sungai....ko rasa2 roti tak habis ke apa ke....ko campak kat sunggai tu bagi ikan makan....tapi jangan buat macam tu ye...pencemaran nanti.

Depan khemah biru tu aje.....lepas makan nak beli ikan pun boleh....
Ni den close up kan nama Restoren tu....Persatuan Nelayan punya ni.....tak ramai orang tau tempat ni lagi....

Hah...gega dia...dan nombor telefon pun ada.....

Presentation tempat makan pun ok dah...

No comments:

Post a Comment