Kalau ikutkan perancangan den......sehari di Perlis lepas tu weols nak ke Hatyai. Nak ambil tourist guide then ikut pakej. Tetapi banyak sangat bantahan dan tiada sokongan especially dari family abeshuk. Bahaya.
Apa-apa pun den cerita dulu mana-mana percutian yang jadi ye. Weols bertolak pagi2 lagi tetapi belum pun sampai Cameron Highlands dah terima call dari KJ. Ada kerja yang kena buat. Urgent. Kena buka email tengok apa yang perlu dibuat. Sabar ajelah kan. Esoknya pulak Pengarah pulak call abeshuk. Serba salah nak angkat ke tidak. Nasib baik bukan ada kerja nak kena buat. Sekadar nak bertanya sesuatu perkara sahaja. Nasib baik selepas tu tak de ganguan. Namun macam mana pun cuti sehingga hari Jumaat terpaksa dibatalkan dan kena pulang segera kerana ada kerja yang perlu dihantar di admin. Tetapi itu semua tak mengganggu mood bercuti weols . Ganggu kejap aje. Weols faham situasi kerja sekarang.
Percutian ke Cameron Highlands kali ni merupakan percutian yang paling best setakat ni. Walaupun sebelum ni dah banyak kali pergi....tetapi kali ni rasa best sangat. Mula2 bila den dengar abeshuk kata nak pergi Cameron Highlands....dalam hati den macam ek ala tak best nye.....tetapi den buat macam ok je....iyelah kalau tak nak pergi kena bagi idea nak pergi mana pulak....susah betul nak cari tempat bercuti sekarang. Oleh kerana masa tu cuti sekolah....weols telah mengambil langkah bijak booking hotel secara online....Agoda. Murahlah harga dia berbanding kalau den terus terjah je hotel tu.Weols duduk kat Heritage. Kira ok lah hotel tu....
Cuaca pun ok.....nak kat sejuk sangat pun tidak...panas sangat pun idak.Weols berjalan sakan kat tempat yang weols belum pernah sampai kat Cameron Highlands ni. Kalau tempat tu weols dah pernah pergi sebelum ni....weols tak gi dah kecuali Brincanglah ye....
Makan pun best gak. Den dok makan jagung, keledek manis, cendawan goreng dan macam lagi lah makanan. Yang mana gabungan 3 makan tadi pun dah boleh menghasilkan bom dan bau yang sukar untuk dilupakan. Sampaikan dalam bilik hotel siap ada orang warning....sapa nak kentut kena kentut kat luar bilik. Aloooo tak kan kejap2 nak kena keluar bilik....kata nak sehidup semati.
Abeshuk...tukang check in kali ni....weols sampai dalam pukul 12....tapi dah leh check in....bagus...bagus tak de lah nak kena tunggu pukul 3 macam hotel lain tu...
Destinasi pertama ke taman rama-rama. Sebelum ni tak pernah pergi lagi...
Tengok kaktus yang besar2besar
Dekatnya abeshuk dengan rama2 rabun ni...
Ala tomei...tomei...bucuk masam....sambal belacan....he..he
Ala tomei...tomei...bucuk masam....sambal belacan....he...he
Banyakkan rama-rama....iyelah dah tempat dia....
Arnab dan Lip Lap yang cute...
Wing yang tak berapa betul...terserlah gigi sebatang....auw
Nak ambik katak...berani ke tu....
Ala tomeinya.....
Ngeri tengok ular....bukan boleh tengok ular sangat....nanti malam mimpi ular.....dulu masa nak dara tak pulak nak mimpi2 ular ni.....mimpi katak adalah....
Ala tomei...tomei...bucuk masam....asam pedas pulak lah....he...he
Ni gi tengok orang tanam cendawan....
Ni pulak gi tengok kaktus2...kecil tetapi cute
Sebelum ni tak pernah lagi pergi petik buah strawbery....beli yang orang dah petikkan aje....kali ni berkobar lah nak gi petik sendiri.....tengok2 bukan musim dah....buah tak matang lagi....nampaknya kena pergi lah next time....
Bergerak dari hotel lepas breakfast untuk ke destinasi seterusnya....
Kali ni gi tengok tea lagi....tapi wing yang weols belum pernah pergi lagi......Lebih kurang sama aje...
Hilang semua masalah bila tengok ladang tea ni kan...kan...
Hmm tuan tanah nak inteprem sket...
Gambar kenangan terindah......bukan senang....laki den bukan suka tangkap gambar romantik2 ni.....malu konon.....
Shopping time kat Brincang.....
Aksi muka pelik.....
Banyak shopping buah2an aje.....baik untuk kesihatan kan.....
Buah limau dia sangatlah manis dan sedapppp...
Satu lagi tempat baru yang weols jumpa di Cameron Highlands adalah Taman Agro Al Mashoor. Dua kali weols gi situ....best....macam perkampungan Islam yang jual barangan buatan orang Islam. Yang paling best kat sini ais krim strawberry dia....
Buah strawberry batu pun ada....
Ni lah ais krim strawberry dia......nyum...nyum.....RM2 je....
Ni pulak semua barangan2 yang dijual....dijamin halalan toyiban.....
No comments:
Post a Comment