Tuesday, November 8, 2011

Takutnyeeee


Perjalanan pulang dari hari raya haji di Perlis tempohari agak menakutkan....iyelah dah selalu balik Perliskan....so far perjalanan ok aje.....perjalanan yang memakan masa...paling lama pun 9 jam dan paling cepat 7 jam. Namun begitu lately memang weols tak direct balik....mesti transit kat Ipoh ke atau kat Rawang.

Petang isnin tu weols dah bertolak. Masa tu pun bersiap agak kelam kabut sikit.....iyelah urusan bila nak balik semuanya den serahkan kat abeshuk. Kejap nak balik petang isnin....kejap nak balik pagi Selasa.....kejap nak balik petang isnin pulak. Den ok aje bila2 pun. Last2 petang senin tu abeshuk kata bersiap nak balik. Apa lagi mengelupur den berkemas untuk balik.

Di awal perjalanan dah mula cemas....sebabnya...banyak sangat kemalangan yang berlaku. Bergerak sikit....nampak accident....bergerak sikit....nampak accident.......tapi kebanyakkan accicent tu...langgar belakang. Sepanjang perjalanan den berjaga tengok jalan. Risau dan takut. Dalam berjaga2 tu pun weols pun hampir terlibat dalam accident. Walaupun tak bawa laju tetapi kalau kereta depan brek mengejut....tak ke kita pun panik.....kalau den yang bawalah dah......dah jerit...tangan tutup mata...auw....nasib baik abeshuk sempat brek. 2 kereta kat depan saling langar depan belakang....kereta den tak langgar kereta depan....kereta belakang den pun tak langgar kereta den....tetapi kereta belakang kereta tu tup...tup...saling berlanggar. Kiranya dalam rangkai langar kereta tu kereta den dengan kereta belakang den aje tak kena. Alhamdulliah bersyukur sangat2.....ingatkan belakang kereta den dah kena langgar dah...sebab dengar bunyi dentuman kuat.

Selepas tu weols teruskan perjalanan denga lebih berhati....sehinggalah weols jumpa satu lagi accident langar depan belakang yang lebih teruk...sampai kereta nampak terhimpit jadi kecik......lagilah takut.....tak sabar nak sampai Ipoh nak transit......nak keluar dari trauma accident. Alhamdulliah weols sampai ke Ipoh dengan selamatnya. Rehat dan bermalam kat sana.

Esoknya lepas breakfast weols pun bertolak pulang....tetapi sebelum itu terjadi satu peristiwa yang tak logik dan tak dapat diterima hati. Ada ke abeshuk nak undur tetapi letak gear D. Nak kebelakang tetapi kedepan....cukup bijak....hasilnya weols terlanggar pokok kat depan tu. Huk...huk...mula2 sedih sebab tak leh terima....tetapi bila dah rasional....weols terima itu sebagai dugaan.....iyelah daripada terlibat dalam accident malam tu.....tak pe lah dengan apa yang terjadi. Ada hikmah disebaliknya kan.... Syukur dengan apa yang ada dan dapat...


Bilalah nak repair ni....

No comments:

Post a Comment