Wednesday, January 8, 2014

Melawat orang jauh

Assalamualaikum. .
Cuti hujung minggu ni aku dan plan cantik punya untuk gi melawat Andak yang dah membawa diri nun jauh di Punggai dekar Kota Tinggi Johor. Wasap adik beradik...semua boleh on kecuali klong & Angah. Adik beradik yang lain semua on.
 
Petang jumaat tu Azie dtg rumah aku dari KL. Nanti pagi2 sabtu weols bertolak ke Melaka dulu. Bawa 2 kereta aje.
 
Mula2 perjalan smooth aje hingga semasa keluar tol Senai....boleh pulak abeshuk tersilap jalan....masaklah masuk jalan jam. Patut boleh sampai dalam puku l1 tgh tup2 sampai pukul 2 lebih.
Actually aku sangat gembira hari tu....dah lama aku tak jalan2 dengan adik beradik aku. Lagi2 nak jumpa Nurmelya anak buah cina aku.
 
Weols stay kat Punggai Beach Resort....ada 2 bilik dan ruang tamu. Harga Rm350. Tak berapa selesa....malam banyak nyamuk pula tu kesian diaorang.  Aku ok je....tidur nyenyak je...tak kena gigit nyamuk...tak dengar pun bunyi nyamuk....masa aku dengar abeshuk bising2 banyak nyamuk....aku ingatkan dia bergurau....esoknya bila Klang pun bising benda yang sama barulah aku tahu perkara sebenar.
 
Kita orang banyak habiskan masa beremdam ramai2 dalam swimming pool. Family kita orang aje yang conquer swimming pool tu. Tunggu Andak signal panggil datang makan. Lapar je gi rumah Andak. Actually senang hati kita orang tengok Andak dah ok untuk memulakan hidup baru. Semoga tiada lagi masalah dalam keluarga dia. Amin.
 
Hari ahad tu lepas makan tengahari weols pun bertolak balik. Menitik air mata Andak tengok kita orang balik. Nasib baik tak ada drama swasta. Aku selamat sampai di PD dalam pukul 5 lebih. Penatnya....hu...hu

No comments:

Post a Comment