Weols stay di Ipoh...dengan harapan nak bawa Lip Lap gi Lost World of Tambun. Masa pergi dulu Lip Lap baru 3 tahun kot. So kali ni memang nak bagi cuti yang best2 kat Lip Lap sebelum dia bersekolah betul....Kegembiraan memang terpancar kat muka dia......selang 5 minit...terhenti2 mengucapkan terima kasih kat ibu dan abah kerana bawa dia kat sini. Sampai kat sini lebih kurang dalam pukul 5ptg. Kira memang cantik2lah tak panas sangat untuk mandi manda kat situ.
Masa weols beratur nak beli tiket tu......pekerja kaunter tu bagitau den pukul 7.00ptg dah nak tutup. Tu pun kena ikut pintu lain....sebab biasanya dalam pukul 6....kebanyakan orang dah keluar. Iyelah biasanya orang datang dari pagi kan. So weols ada dalam 2 jam aje.....lepas tu pulak gega tiket...rasa tak berbaloi pulak. Den dengan rasa kurang malu.....bagitau dah masuk lewat ni tak leh dapat diskaun ke. Jawapannya jangan harap. Dengan bayaran sebanyak RM128 tu rasa....sayang pulak kat duit.
Serta merta air muka Lip Lap berubah kekecewaan.Nasib baik dia tak mengelinjang...meronta...berguling2 nak masuk juga. Lama juga weols nak bagi motivasi dan semangat untuk dia teruskan kehidupan ini. Lastlah Lip Lap boleh terima apabila weols bagitau weols akan bertolak pagi2 untuk ke Bukit Merah Lake Town Resort dan petang tu belanja dia makan Happy Meal....terus dia happy.
Masa ni tengah gembira.....ko suruh posing kepala ke bawah pun dia akan buat....
Masih riang lagi....
Masih lagi tak tahu apa akan berlaku selepas ini.......
Gega untuk entry masuk.....dulu rasanya taklah semahal sekarang......mungkin ada penambahan kot kat dalam tu.....tak pe next time kita gi lagi....
No comments:
Post a Comment