Saturday, October 15, 2011

Muzium Adat di Jelebu...

Muzium Adat di Kuala Klawang Jelebu ini terletak kira-kira 30 km dari bandar Seremban. Weols pergi sana bila sampai kat pekan Jelebu....tiba2 ternampak Muzium Adat ni dah tiba2 terpergi. Asalnya nak gi Air Terjun Jeram Toi.....cari hotel kat Jelebu.....tidur barang semalam.....tetapi plan bercelaru bila Air Terjun Jeram Toi tu ditutup bagi kerja2 penyelenggaraan. Tu yang tukar plan tu. Tetapi nampaknya tak sia2 weols pergi ke Muzium Adat ni....dahlah free....selesa pulak tu. Dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi - 5.00 petang. Tutup pada Cuti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha. So apa tunggu lagi....

Ada 4 tingkat....semuanya cerita pasal adat2 cara hidup kat Negeri Sembilan ni....memang seronoklah bawa Lip Lap tengok semua ni. Setiap aras mempamerkan benda yang berbeza.
 
Galeri Aras Bawah – Pengenalan Adat di Malaysia 
Galeri Aras Satu – Kitar Hidup 
Galeri Aras Dua – Tradisi Intelektual / Kerajaan dan Kuasa
Galeri Aras Tiga – Adat Perpatih
 
 
Kat pintu masuk dia....

Perkenalkan 2 model utama kali ini...
Kat pintu masuk dia ada satu animasi.....kalau kita lalu je dia macam air yang berkocak.....so apa lagi....Lip Lap asyik lalu lalang je kat situ......memang menarik
Barangan dulu2....
Dah boleh baca kena baca sendiri dey...

 
Pakaian pengantin.....macam2 bangsa....
Ni bukan orang betul tau.....Ni kira pawang tengah berubat orang....
Topeng Awang Batil.....hikayat dari Perlis...

 
Tempat Raja Bertahta....
Pinggan dulu2....cantik kan
Ini orang tengah meminang.....
Kepala rusa hiasan rumah orang dulu2...

 
Maklumat untuk setiap aras....
Lelah jugak mendaki sampai Aras 4......so masa nak balik....naik lif lah....

Sekali lagi sebelum balik.....masih lagi di depan pintu....main animasi tu...kali ni apak dia pun join sekali....

No comments:

Post a Comment